Thursday, February 6, 2014

Kali terakhir


Waktu lebih kurang begini 2 tahun lepas, kami berenam menunggu van jenazah untuk membawa Mak ke Tanah Perkuburan Kajang dari Hospital Selayang.  Mak disahkan meninggal dunia kerana Acute Pulmonary Embolism selepas 10 hari pembedahan. 

Lewat malam itu...

Suapan pada Mak untuk kali terakhir
Mengelap badan Mak kali terakhir
Panggilan telefon Mak kepada Dik As yang terakhir
Senyuman Mak ukir kali terakhir
Renungan Mak kali terakhir
Panas tangan Mak menggenggam buat kali terakhir
Pelukan Mak kali terakhir
Semua masih segar dalam ingatan

Awal pagi itu...

Kami sentuh tubuh kaku Mak
Kami belai parut badan Mak tanda melahirkan kami
Kami gosok lembut kulit Mak mempersiapkan Mak mengadap Ilahi
Kami tatap raut wajah Mak lembut
1001 kisah membesarkan kami
Gigihnya Mak dan kami saksi
Kami seka air mata
Kami doa dalam hati agar Mak tenang di sana

Apa lagi yang kami dapat lakukan selain Al-fatihah dan doa mengiringi hari-hari kami selepas ini...
Semoga Allah mencucuri rahmat kepada Allahyarham Hatimah Abd Gani 30 Dec 1954 - 6 Feb 2012.

Al-fatihah...


0 comments:

Oh So Random

Top Commenters

About This Blog

    © Blogger template by Emporium Digital 2008 | personalised by kuizikel.com

Back to TOP